Address
Jalan Melor 2/1, Ambangan Heights, Bedong, Kedah
Program Ceramah Perdana Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang telah berlangsung di Masjid Al‑Imam Al‑Nawawi

Pada malam tersebut, Masjid Al‑Imam Al‑Nawawi telah menjadi tumpuan umat Islam di sekitar Sungai Petani apabila UAI membawakan Kuliyyah Maghrib Khas. Acara bermula sekitar jam 7.30 malam dengan penuh penghayatan dan suasana khusyuk di samping muhasabah diri. Kehadiran jemaah daripada pelbagai lapisan umur membuktikan betapa ceramah penceramah bersuara lunak serta dialek Terengganu yang santai itu dinantikan ramai
Dalam ucapannya, Ustaz Azhar Idrus sempat menyelitkan pengajaran berkaitan kehidupan seharian, keutamaan menegakkan solat dan adab dalam masjid. Gaya penyampaian beliau yang bersahaja disulami dengan jenaka ringan mencipta suasana ceramah menjadi lebih lapang dan dekat dengan hati pendengar. Ini sekali gus menarik perhatian ramai termasuk ahli keluarga dan komuniti sekitar kerana pendekatan dakwah yang mesra dan penuh maklumat berfaedah
Program ini juga telah dirangka selari dengan perasmian Kompleks KAFA Jumaah yang turut diadakan pada malam yang sama, menunjukkan komitmen masjid dalam meningkatkan prasarana ilmu dan mendekatkan masyarakat dengan aktiviti keagamaan. Pihak urusetia Masjid Al‑Imam Al‑Nawawi berharap agar program-program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi menyemai semangat keilmuan dan ukhuwah dalam komuniti.
